Sekeping hati ini…
trlalu brharga bgiku
disuatu ktika dahulu aq pernah br
kpd sseorg yg aq percayai dn sayangi
ttapi… tidak dihargai
dirobek-robekkan bagaikan tiada nilai..




sekeping hati ini…
luka dgn parah
lantaran prbuatan hamba brnama insan
brmain dgn kata2 yg penuh kmanisan
ungkapan rindu dan sayang
tdk pernah lekang dari bibirnya
shingga terleka dn
jauhnya sekeping hati ini
dari ilahi Rabbi....



sekeping hati ini…
penuh dgn luka, parut dan lubang2 kesakitan
lubang2 itu TIDAK akan tertutup seperti sebelumnya
ia jua…
TIDAK mungkin akan sempurna seperti asalnya
TIDAK mungkin akan sembuh seperti asalnya
TIDAK mungkin akan serupa seperti asalnya
TIDAK mungkin akan ceria seperti asalnya
TIDAK mungkin akan indah seperti asalnya



sekeping hati ini…
sdh terlalu letih utk menerima kepercayaan seutuhnya
dr hamba brnama insan
ia mmerlukan masa yg amat panjang
utk mnyembuhkannya spt sediakala
lantaran kelukaannya dimasa lalu




sekeping hati ini…
ku ubatinya dgn zikrullah
agar lubang2 kesakitan itu dpt ‘ditampal’
walaupun PARUT tetap akan meninggalkan bekas
dan kesakitan itu pasti akan dirasai
selagi roh dikandung badan
ku yakini semua lubang2 itu mampu ‘ditampal’
bersama nur ilahi




sekeping hati ini…
walaupun berperang stp hari dgn dua bisikan
dan stp saat menyuruh kembali ke zaman silam
tdk akan sesekali aq berpatah semula kebelakang
walaupun ia terlalu letih dgn pelbagai ujian yg dtg
akan ku jaga ia dgn zikrullah agar sentiasa lembut
akan ku didik ia dgn mengamalkan sunnahtullah
akan ku belai ia dgn bacaan Al-Quran
akan ku berinya makanan stp hari dgn santapan ROHANI
agar ia tetap terang bercahaya dan tdk akan malap
kerana ALLAH melihat dan menilai sekeping hati ini
bukan kecantikan luaran mahupun harta benda



sekeping hati ini…
ku didik akan bersabar dan tabah
menerima segala ujian duniawi
ku lembutkan ia
agar menerima sekeping hati lain dari seorang insan
yang ada kalam ALLAH dalam hatinya
yang ikhlas dan tulus hatinya
agar sekeping hati ini akan lebih sempurna dan berpasangan
melalui ikatan yang sah
bersama-sama mencari keredhaan ilahi
sebagai bekalan ke destinasi kekal



“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya”. ( Surah Ali’ Imran: 08)